Saturday, 2 November 2013

TANGGUNGJAWAB

assalamualaikum..hai u all..apa khabar?dah dinner?hari nie mkn apa?hehe ke korang semua kua..hehe ari nie kan cuti..hehe depavali..hehe g mana cuti2 nie u all?

hehe sy xkua pun..ari nie duduk rumah je..ari nie saya nak kongsi sikit la pasal ';TANGGUNGJAWAB''..kte sebagai manusia nie..hidup mmg penuh dgn tanggungjawab...

tanggungjawab yang paling penting sekali pada pencipta iaitu  ALLAH SWT..dan sebagai umat nabi muhammad SAW..pada diri sendiri..ibu bapa..rakan2..masyarakat..dan negara..

hehe tapi ari nie saya nak tekankan TANGUNGGJAWAB KEPADA ALLAH & IBUBAPA :-)


TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH SWT

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
                                                                                                           Suruh Al-Baqarah : 30


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. 

                                                                                                                         
                                                                                                           Suruh Al- Baqarah : 21

TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ibu telah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudian melahirkannya. Bapa pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Sesungguhnya, jasa ibu bapa amat besar kepada diri kita. Setelah meningkat dewasa, sewajarnya anak-nak melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Ibu bapa.

Tanggunglawab anak yang pertama ialah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Semasa kecil anak-anak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya, anak-anak pula menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kasih sayang kepada ibu bapa boleh ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Sewajarnya anak-anak memberikan hadiah kepada ibu b'apa semasa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makan tertentu pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi ksih sayang dalam keluarga.

Setelah bekerja, anak-anak sewajamya memberikan wang kepada ibu bapa bagi menyara kehidupan mereka. Dengan wang yang diberi, ibu bapa dapat membeli keperluan harian atau mengumpul wang tersebut sebagai tabungan. Sesungguhnya, perbelanlaan yang dikeluarkan oleh ibu bapa amat banyak untuk nmmbesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Oleh demikian, anak patut memberikan sedikit wang gaji mereka kepada ibu bapa sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan sangat pemberian wang kepada anak-anak kerana apa yang lebih penting bagi ibu bapa ialah melihat anak-anak mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seterusnya ialah mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit. Memang menjadi lumrah bagi setiap manusia apabila usia mula meningkat maka kita akan mudah diserang penyakit. Oleh itu, jika ibu bapa sakit anak mesti menghantar ibu bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak juga sewajarnya menanggung kos rawatan ibu dan bapa mereka. Jika anak-anak mampu, belilah insurans perubatan bagi membiayai kos perubatan ibu bapa apabila mereka sakit.



                                   ''HIDUPLAH DALAM BERTANGGUNGJAWAB"





No comments:

Post a Comment