Monday, 25 November 2013

KEJUJURAN DALAM PERHUBUNGAN


assalamualaikum dan selamat malam..

setiap orang mesti inginkan sebuah kejujuran dalam setiap hubungan..xkira la hubungan antara kawan, kekasih, suami, isteri, keluarga dan masyarakat.

begitu juga dgn aku, tapi zaman sekarang ni, susa betol nak cari org yang jujur..kekadang kita da kenal bertahun2 pun belum tentu dia jujur dengan kita..kawan makan kawan..selalu sangat terjadi..puncanya apa ek?

Pada pandangan aku, ada sesetengah kawan rapat ni, dia lebih cenderung untuk cemburu. bila kawan dia lebih mendapat perhatian, contohnya kawan dia lebih berjaya, lebih banyak kenalan, lebih berada, bergaya, jadi dia rasa terpinggir. 

bermula la episod ketidakjujuran. dimana dia akan menikam kawannya dari belakang. tapi ini semua berpunca dari hati..hati yang baik tidak akan mengkhianati malah akan berdoa yg terbaik buat kawan2..

kalau kekasih pula, apa yang aku selalu dengar atau perhatikan..ketidakjujuran selalu berlaku apabila, pasangan mula merahsiakan sesuatu perkara, di sinilah sebenarnya bermula punca berlakunya ketidakjuran dalam perhubungan. 

untuk mengekalkan sebuah perhubungan pasangan perlula jujur antara satu sama lain, perlu selalu berkomunikasi, untuk mempertahankan sesuatu hubungan apa yang paling penting di sini ialah "KEJUJURAN". 

masalah tidak akan timbul jika pasangan jujur. curang memang xkan berlaku. apa yang aku perhatikan lagi (dah macam pemerhati la pulak kan) haha sikit perhati2 haha, kebanyakan pasangan yang curang berpunca dari hilangnya sifat jujur dalam diri. kalo betol la korang nak pertahankan sesebuah hubungan xde apa yang lebih penting dari KEJUJURAN. 

bukan senang untuk berlaku jujur tapi bukan mustahil untuk jujur, tepuk dada tanya selera, apa yang korang mahu dalam hidup nie? pilihan semua ada di tangan korang 
(cuba tengok tangan) haha ada tak kejujuran di situ.

haha sebenarnya aku pun xtau sangat nak kupaskan apa pasal kejujuran nie, kalau bercakap senang sikit kot, ni menulis, macam xsampai je mesejnya kan, hahaha.

tapi apa yang aku pegang dari dulu hingga kini, kalo kita nak orang jujur dengan kita, jangan la kita x jujur dengan orang, orang yang baik akan dapat balasan yang baik, begitu jugak dengan orang yang jujur.

dunia nie ibarat roda, berputar2, pusing2 kena la balik kan, so berhati2 di jalan raya
( haha xder kena mengena langsung ek). 

k la u all..jom sama2 kita JUJUR.


                                          ''KEJUJURAN ASAS KEBAHAGIAAN'' 

jujur la padaku, bila kau xlagi suka, tinggalkan la aku bila xmungkin bersama (layan lagu dewa_jujur ) hahaha

No comments:

Post a Comment