Thursday, 28 November 2013

KBH THE BEST


 hai u all..

mesti pelik kan, dah berabad baru nak cerita pasal KBH haha, saje je simpan kan sebagai rahsia haha.

first sekali alhamdulillah sebab dapat tinggal dekat KBH, kawasan yang strategik, turun je bawah Klinik kesihatan, so kalo sakit 2 dekat je la nak pergi kan. hehe

dekat dengan pintu gerbang dan masjid, cepat la nak sampai kan, kalo nak keluar masuk ukm haha.
yang paling best blik KHB mmg cantik, harga pun berpatutan berbanding kolej lain. 

aku xcakap la pulak kolej orang lain xcantik eh, xmo2, jangan fikir bukan2 pulak la ye haha. walaupun agak jauh nak pergi FEP berbanding KAB, tapi dah hari2 jalan, xla jauh sangat rasanya.

sambil2 2 dapat la memecahkan lemak yang da tepu nie hehe. & ada lagi yang best makan kat KBH best u all, sedap hehe. & harga pun ok la. xtau la pulak kolej lain macam mana, sbb xpernah rasa la kan.

budak2 KBH nie pun ok, xder la sombung2..& banyak gak la kawan dari KBH, so xla rase terasing dan terpinggir..heheh

k la, t ada apa2 lg, aku update la eh, adoii laponya..hehe jom makan.


''KBH KOLEJ AKU"

TENTANG DIA


hai u all, assalamualaikum..

haha ari nie aku nak cerita pasal orang kesayangan aku, sangat2 sayang, kalau beliau xder maknenya aku pun xkan ada. dan korang pun xkan kenal la aku, kan rugi di situ haha (nampak x, bertapa pentingnya aku) haha (tangan atas bahu, mata keatas) haha apa pun tak boleh.

so aku rasa korang pun boleh tau kan siapa yang aku maksudkan. ke masih ada yang xdapat teka hehe, korang kan semua pandai2 so mesti boleh teka kan?




                                                             ROHANI ISMAIL
                                         my mom, my love & my everything


my mom adalah anugerah ALLAH yg paling terindah, mak yang terbaik di dunia, hehe aku sangat beruntung dapat mak sebaik nie..hehe dalam blog nie aku akn bhsekan mak aku, sebagai mak. (hope korang faham) k hehe

mak aku lahir di melaka, masa mak kecil, mak dibesarkan oleh arwah monyang (bila da remaja mak tinggal di singapora) sbb atuk aku kerja kat sana. mak anak sulung dari 5 orang adik beradik, 3 perempuan dan 2 lelaki.

yang paling best keluarga mak, berselang seli, mak anak pertama perempuan, anak kedua pak ngah, lelaki sekarang tinggal di johor. anak ketiga maklang perempuan la kan, da maklang bukan paklang hehe sekarang menetap di singapora, keempat pakcik, tinggal dekat selangor dan yang bongsu, busu kesayanganku, yang sporting busu ida tinggal di singapora.

so kalo nak ke singapora aku akan tinggal rumah busu ida, tapi xleh la nak pergi selalu, xtermampu, duit xbanyak haha matawang dorang da la besar, dulu masa kecik selalu la pergi, time 2 pun  (passport pun share dgn mak) hehe bayangkan la berapa punya lama da..haha 

mak memang suri rumah tangga sepanjang masa, tapi mak bukan la duduk saja2 dirumah, mak seorang yang sangat rajin, masa dulu, mak buat kuih muih ,tumpang kat kedai cik sam, macam2 kuih mak buat, antara yang the best KARIPAP, susa gila nak carik karipap yang sedap sekarang ni, jual asal boleh je hehe (walaupun xsemua peniaga macam 2) hehe. 1 pamily kitaorang mmg suka gila makan karipap hehe.

dengan duit meniaga 2 la, kitaorang dibesarkan + dengan gaji my dad, sbb family kitaorang besar, mana boleh nak harapkan gaji my dad sorang je, jadi mak pun bantu apa yang patut.

sekarang bila anak2 mak semua dah dewasa, da berkeluarga pun, mak dah xpayah nak susa2 lg, anak2 mak akan jaga mak. tp sekarang mak jaga atuk & wan.


korang pun mst sayang mak korang kan?dan mesti rasa benda yang sama hehe
sayangi mak korang selagi masih ada, aku pun bukan anak yang baik, tapi berusaha untuk jadi yang terbaik, dulu masa kecik2 suka gak la melawan, sekarang pun mgkn tanpa sedar aku dah melukakan ati mak. tapi mak tetap sabar.

paling aku takotkan, apabila gugurnya air mata mak, sbb terasa hati dgn aku..harap benda 2 xkan terjadi. amin


    

     ''mom you are the best in the world, love you forever''

Tuesday, 26 November 2013

CINTA


hai u all..

haha sebenarnya aku da xtahu nak cerita pasal apa? tapi hari nie aku nak cerita pasal cinta.
cinta, sapa yang xnak di cinta dan mencintai.

tapi bagai mana kita nak tanganinya hanya kita yang ada jawapannya. cinta ini sebenarnya menyeluruh, bukan hanya cinta pada manusia. semasa laki dan perempuan.

tapi budak2 zaman sekarang nie, kecik2 pun da bercinta, macam mana eh, dorang boleh ada perasaan macam 2 seawal sekolah rendah. aku ni dulu masa sekolah xreti nak bercinta2.

setakat minat2 2 ada la (haha gatal jugak) tapi xder la sampai bercinta bagai, sampai la sekolah menengah, mmg x la, sbb ak xsuka pada komitmen.

tapi perasaan cinta nie mmg xboleh nak di sangkal, ia melibatkan hati, jadi pandai2 la tangani, jangan merapu sangat dgn cinta,

kecik2 da bercinta, lepas 2 heboh bagitau 1 malaysia, da kenapa?bangge? duit pun mak bapak yang bagi dik oii!!

haha lg 1 trend sekarang nie, suka sangat upload video bukan2 kat u tube, da kenapa u all?bangge, pelik2 je. macam la itu betol2 jodoh korang, agak2 la dik, jangan malukan mak bapak.

mmg pelik, buat salah di heboh2kan, seperti membuka aib sendri, aku pun bukan baik, tapi dik, ingat2 la sikit, jgn over boleh (amik ko bila kakak da bersuara)

jom sama2 berubah..haha cara cakap macam bagus, tapi 2x5 je..tapi aku xbuat video eh. hahaha



''CINTA ITU INDAH''

Monday, 25 November 2013

NOVEL


hai..assalamualaikum..

sebelum ni, saya ada bagitau yang saya sangat2 minat baca novel, so kat sini nak share sikit la pasal novel yang saya suka. kalau nak ikot kan, banyak jer novel yang best2. saya suka novel yang mengusik emosi, kelakar & santai. 

" andai itu takdirnya" salah satu novel kegemaran saya, da banyak kali baca da, xpernah jemu. jalan cerita senang nak faham dan sangat menyentuh jiwa hehe.

haha k ceritanya mengisahkan tentang 2 individu yang berbeza latar belakang, Alia seorang gadis kampung yang cantik, sopan dan berpelajaran. Airil pula anak orang kaya ( anak dato' & datin ). seorang yang kacak (novel hero mesti kacak punya la), dan ego haha. dorang belajar dekat us (kalau xsilap la) haha da lama, so xbape nak sure la kan hehe.

Alia meminati Airil dalam diam. ada satu tugasan dorang dapat satu group, so dari situ bermula la episod perkenalan. kalau buat perbincangan airil selalu xdatang, so dia gunakan alia untuk buatkan tugasan kumpulan. 

Alia suruh Airil bersedia untuk perbentangan dengan penysarah, so Airil dengan sombungnya cakap yang dia xperlu bersedia, dia boleh baca je pakai soft copy yang Alia dah buat dan dia siap perli Alia lagi '' xtau la kalau u buat tp xtau apa2'' Alia dgn selambernya terangkan tugasan 2 dgn ringkas dan padat. Airil rasa tercabar dgn Alia sbb Alia dah malukan dia depan kawan2 dia, so jatuh la ego dia. 

beberapa bulan kemudian Alia dapat tawaran temuduga di syarikat Aril, masa pergi interview 2 Alia xtau plak 2 syarikat Airil, masa sesi interview Alia dia interview oleh Airil. masa 2 dia cuba mengelak dan buat alasan, tapi Airil gunakan kesempatan ni untuk balas dendam. Alia di terima bekerja dia syarikat Airil.

Faizal kawan baik Airil xsuka akan kemesraan Alia dan Airil. dia telah membuat 1 plan untuk perangkap mereka, 






KEJUJURAN DALAM PERHUBUNGAN


assalamualaikum dan selamat malam..

setiap orang mesti inginkan sebuah kejujuran dalam setiap hubungan..xkira la hubungan antara kawan, kekasih, suami, isteri, keluarga dan masyarakat.

begitu juga dgn aku, tapi zaman sekarang ni, susa betol nak cari org yang jujur..kekadang kita da kenal bertahun2 pun belum tentu dia jujur dengan kita..kawan makan kawan..selalu sangat terjadi..puncanya apa ek?

Pada pandangan aku, ada sesetengah kawan rapat ni, dia lebih cenderung untuk cemburu. bila kawan dia lebih mendapat perhatian, contohnya kawan dia lebih berjaya, lebih banyak kenalan, lebih berada, bergaya, jadi dia rasa terpinggir. 

bermula la episod ketidakjujuran. dimana dia akan menikam kawannya dari belakang. tapi ini semua berpunca dari hati..hati yang baik tidak akan mengkhianati malah akan berdoa yg terbaik buat kawan2..

kalau kekasih pula, apa yang aku selalu dengar atau perhatikan..ketidakjujuran selalu berlaku apabila, pasangan mula merahsiakan sesuatu perkara, di sinilah sebenarnya bermula punca berlakunya ketidakjuran dalam perhubungan. 

untuk mengekalkan sebuah perhubungan pasangan perlula jujur antara satu sama lain, perlu selalu berkomunikasi, untuk mempertahankan sesuatu hubungan apa yang paling penting di sini ialah "KEJUJURAN". 

masalah tidak akan timbul jika pasangan jujur. curang memang xkan berlaku. apa yang aku perhatikan lagi (dah macam pemerhati la pulak kan) haha sikit perhati2 haha, kebanyakan pasangan yang curang berpunca dari hilangnya sifat jujur dalam diri. kalo betol la korang nak pertahankan sesebuah hubungan xde apa yang lebih penting dari KEJUJURAN. 

bukan senang untuk berlaku jujur tapi bukan mustahil untuk jujur, tepuk dada tanya selera, apa yang korang mahu dalam hidup nie? pilihan semua ada di tangan korang 
(cuba tengok tangan) haha ada tak kejujuran di situ.

haha sebenarnya aku pun xtau sangat nak kupaskan apa pasal kejujuran nie, kalau bercakap senang sikit kot, ni menulis, macam xsampai je mesejnya kan, hahaha.

tapi apa yang aku pegang dari dulu hingga kini, kalo kita nak orang jujur dengan kita, jangan la kita x jujur dengan orang, orang yang baik akan dapat balasan yang baik, begitu jugak dengan orang yang jujur.

dunia nie ibarat roda, berputar2, pusing2 kena la balik kan, so berhati2 di jalan raya
( haha xder kena mengena langsung ek). 

k la u all..jom sama2 kita JUJUR.


                                          ''KEJUJURAN ASAS KEBAHAGIAAN'' 

jujur la padaku, bila kau xlagi suka, tinggalkan la aku bila xmungkin bersama (layan lagu dewa_jujur ) hahaha

Thursday, 21 November 2013

AMALI MAKMAL 1





                                                   
                                                  sekadar gambar hiasan
hai u all..


amali makmal 1 tekanan  yg terhebat saat nie!!! ah!! stressnya ak rase!! buat tidur xlena, sampai termimpi2..kenapa aku kena lalui benda nie!! kenapa??? kenapa aku??

ia nya satu tamparan hebat buat aku, benda yang paling menyakitkan hati. 
sbb aku tak boleh buat lab test..kalau boleh xder la stress & tido pun mst la lena kan..

sampai ke saat nie, masih terbayang2 lg kekalutan aku, saat lab test di jalankan 
( pergh gila skema di jalankan) haha..

aku rase aku la yang paling teruk sekali dalam test 2!!! sangat2 teruk..markah xyah cakap la..walaupun belum tahu, tapi da tau da resultny macam mana kan!!

frustnya!!! xtau la nak gambarkan perasaan yang sebenar..apa yang aku boleh buat hanya berdoa & berserah ( tapi jgn bermimpi la ) keputusan nak cemerlang kalo usaha xseberapa..

apa yang boleh aku kata kan di sini, aku akan usaha lebih untuk lab test 2..benda da jadi xboleh nak patah balik, bak kata perpatah ''sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (betul ke macam nie?) hahaha hantam saja la..asal korang paham. hehe

mesti korang pelik kan cakap stress, frust, tension tp still boleh ketawa2..aku mmg frust gila2. tp macam yang aku cakap td la, benda la lepas. ko menangis air mata darah pun, da x berguna.

hidup perlu diteruskan, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya..jangan mudah putus asa (walaupun separuh harapan aku da musnah) bajet2 cool je nie..(padahal sangat la serabut) haha

yang nie ucapan khas untuk sir, nak cakap depan2 malu haha so di sini la tempat yang tepat (kot) untuk meluahkan perasaan lab test 1..bukan aku saja kecewa tp..

pertama sekali saya nak mintak maaf kat sir, sbb da kecewakan sir, saya frust gila dengan diri sendiri..xtau la apa dah jadi..mmg salah diri sendiri..kalut xtentu pasal..puncanya dari komputer 1st sampai yg 3rd..macam teruk sangat.

xtau la, nak cakap apa..tapi sangat2 kecewa dengan diri sendiri..sekali lagi mohon maaf..tapi kan betul masa 2 saya xde plak langgar kucing ke..marah mak ke..mmg xde la kan..(so tekaan sir xtetap sama sekali ) haha. 

start dari malam sebelum amali..laptop plak buat hal..mmg niat nak bawak laptop masa amali..so malam 2 buat latihan pakai laptop roomate..pas2 da fikir da..sok kena g awal..nak cop tempat..tapi saya mmg akui la saya x pro dalam excell tapi saya boleh buat lebih elok dari apa yang saya antar dekat sir.

pasni saya akan lebih fokus dan bertanggungjawab..kepala masa 2 mmg sgt2 serabut..tp xde la plak sampai nak terjun banggunan hehe..saya masih ada iman..:-)

dah jadi trauma rasanya dengan lab test, so untuk lab test 2 saya akan buat sehabis daya & usaha..itu janji saya!!! ( pergh siap berjanji bagai ) hahaha takut pulak xdapat tunaikan janji. tapi usaha itu pasti ada. cukup la lab test 1 hancur, insyaALLAH lab test 2 akan terbaek. 

hope lepas ni, kesalahan yang sama xkan berulang, lebih berhati2 dan fokus. insyaALLAH.

pada kawan2 yang boleh buat 2. tahniah la yer..korang mmg the best dan bertuah. bagi yang xleh buat nnt lab test 2 buat baik2 ok hehe.

tapi da tau da, dalam banyak2 saya punya la paling teruk, sangat mengecewakan..akhir kata,,maaf3


                                 


          ''USAHA TANGGA KEJAYAAN, TAK USAHA APA PUN TAK BOLEH''

Wednesday, 20 November 2013

KAHWIN


assalamualaikum..hai u all..selamat malam.

                                                         ''sekadar hiasan''


tema kali nie plak pasal kawin? kawin lg, ari 2 baru cerita pasal bff kawin. kali ni kawin lg..haha tepu otak eh nak fikir, haha lg2 pasal kawin. haha

kawin?? sume orang impikan untuk berkahwin, begitu juga dgn aku, melihat kawan2 yang suda berkahwin  (hati mula terdetik) bila plak sampai turn aku eh? haha nmpak x disitu (gatal nya oi) haha.

Bermulanya cuti sekolah ni ramai la yang kawin, banyak la dapat jemputan, bulan 12 ni je da dapat 4 jemputan dari membe.bertambah meroyan la aku, member ramai da kawin dan nak kawen, yang aku ni bila la pulak kan? haha

haha gatai, belajar xhabis lagi da fikir pasal kawin..haha ok berbalik pada cerita banyak dapat jemputan 2..yang jadi hal nya pulak tarikh ada yg sama, pening2. haha bajet macam penting plak kan..haha padahal kalau aku xder majlis still berjalan macam biasa haha..cuma bezanya di sini antara majlis 2 meriah dgn x meriah je..tanpa aku haha

haha kalau nak ikot majlis orang sekarang kawin, xtermampu kot, lagi2 artis..yaALLAH banyak sangat pembaziran, semua nak buat ''wedding of the year" tapi dorang xper la banyak sponser & duit dorang berkepok2 xabis makan 7 keturunan..haha (keturunan yang ke 8 kena kerja keras la) haha sbb xabis makan 7 keturunan je haha (lawak la konon) haha

yang tgh hot sekarang fizo & mawar, pergh xingat hantaran jongkong emas 1.1kg kot xterkira mahalnya belum tambah upah ukir nama lg, hehe (kalo dapat, best jugak) masalahnya xdapat, so berangan je la.



kalau nak ikut dorang, mmg xterikut la..hehe buat sekadar yang mampu, jangan bergadai2 semata2 untuk majlis yang grand, hutang sana2 nie, u all. pas kawin bukan ada orang nak bantu u all pun, so bersederhana la, ikut kemampuan jgn ikut nafsu (pergh, gila la, bg nasihat kot) hahaha

nak cakap lbh2 pun xboleh u all, kang kena plak kat batang idung sendiri, masa 2, baru ku sedar..tp insyaALLAH majlis aku nanti bersederhana, tp mana la tau, masa 2 dah jd hartawan @ kawin dgn hartawan, grand i buat u all..haha

haha sekarang ni fokus lu, study2, dah ada duit nanti, baru tau, grand x grand majlis aku, haha
k la ase cam banyak merapu je..k cau, assalamualaikum.

''KAHWIN MACAM BEST JE, MACAM NAK JE"

Thursday, 7 November 2013

MAAL HIJRAH








assalamualaikum..salam maal hijrah u all..

alhamdulillah dgn izin ALLAH SWT. dapat kita bertemu lg tahun nie..syukur ya ALLAH..moge tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..setiap orang ada impian & hajat..moge tahun nie impian kita tercapai..

impian dan hajat setiap orang berbeza, tapi setiap orang pasti impikan yang terbaik dalam kehidupan. ada yang hajat tahun lepas x terlaksana dan berharap maal hijrah tahun ni akan terlaksana.

sama2 la kita berdoa, tp setakat doa je, tiada usaha semuanya sia2. berusaha bersungguh2, berdoa dan bertakawal insyaALLAH apa yang di hajati akan tercapai juga dgn izin ALLAH SWT.

pastikan apa yang kita hajati adalah sesuatu yang baik, jangan berhajat yang bukan2, contohnya ingin melihat kejatuhan seseorang. berbuat baik la sesama manusia, insyaALLAH ada ganjarannya.

jangan berputus asa untuk berdoa kepada ALLAH SWT. mungkin apa yang kita hajati tidak tercapai, walaupun sudah berdoa banyak kali. ALLAH tau apa yg terbaik untuk hambanya.

mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita, sebenarnya tidak baik untuk kita. ALLAH adalah perancang yang terbaik. bersangka baik la pada setiap perancangan ALLAH.

di bulan muharam yang mulia ini. tahun baru bagi umat islam. berdoalah semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita yang terdahulu, sekarang dan akan datan. insyaALLAH setiap hajat yang baik itu akan tercapai, samaada cepat atau lambat.

yang pasti ianya akan tercapai pada masa yang sesuai, yang kita sendiri tidak pernah terfikir. sekadar pandangan dari seorang insan biasa.

assalamualaikum.. ''SALAM MAAL HIJRAH ''

WEDDING MY BFF


hai u all..

baru2 nie membe baik (ayong) merangkap kawan sepermainan dan jiran kawin, pergh cepat benar masa berlalu, kitaorang kenal dari umur 5 tahun (kalau x silap la) hehe. sama2 main guli, gasing, lompat tikus, baling tin, polis2, batu serembat, tutup tin, pingpong, tenten, haha dan banyak lg.

kalau nak taip semua, xtergagah la kan hehe, nampak permainan macam ganas2 je kan, ada je kitaorang main masak2, donkey, dam hehe,

haha rindu gila masa 2..tapi 2 la, masa da xboleh berputar kembali. dia pun da kawen. aku doakan dibahagia bersama suami.

masa form 1. ayong pindah rumah dan masuk asrama, so time 2 kitaorang terpisah la. tapi ada juga jumpa sekali sekala bila dia datang rumah makcik dia, yang kebetulan masa 2, sebelah rumah my bro.

time jumpa 2 macam2 la kitaorang cerita, cerita 1 tahun pny nak cerita 1 hari, bayangkan la macam mana kan. haha masa 2 lum pakai hp lg, so contact pakai telefon rumah la. tapi jarang2 la kol.

start form 4 kitaorang da xjumpa, masing2 sebok, pastu aku pun da pindah duduk seri kembangan, so setiap sabtu ahad balik seri kembangan. time sekolah duduk dengan akak dekat petaling jaya.

nak di jadikan cerita lepas SPM, aku datang rumah abg aku kat Taman Medan, kebetulan masa 2 ada anak jiran lama kawin, so ayong pun ada la datang.

masa 2 result politeknik da keluar, dan kebetulan kiteorang dapat poli yang sama, buat kata cik faridah (mak ayong) korang ni terpisah macam mana pun akan jumpa gak, hehe (maksudnya x boleh di pisahkan la kan ) hehe

sejak dari 2 kiteorang rajin la mesej, cerita pasal persediaan masuk poli, dah beli barang ke? beli apa?pergi bila? haha macam2 la kiteorang msj. tapi kitaorang xdapat blok sama, sebab poli da tetapkan.

haha xsama pun, blok sebelah2 je pun hehe. pastu bila masuk poli, kitaorang akan janji la nak jumpa dekat mana2, tapi masa awal2 je la, pastu masing2 buat hal sendiri, lagipun kos kitaorang xsama, so agak susah sikit la nak jumpa kan. 

aku kos perniagaan & ayong plak kos IT. so susah sikit la nak jumpa. sem 1 kitaorang duduk dalam poli, sem 2 da kena duduk luar. (rumah sewa).

aku duduk dengan budak2 kelas & budak mekanikal. & ayong duduk dengan membe2 dia yang 1 blok dlu. masa akhir sem 2, dia msj aku cakap nak duduk sama, sbb xleh masuk dgn membe rumah dia. (dia cerita la pasal apa xboleh masuk 2) tp aku xleh la nak cerita kat korang (mengaibkan).

pastu aku bincang la dengan membe2 rumah sewa, dan dorang pun setuju so sem seterusnya ayong tinggal dgn kitaorang & jadi la housemate ,roomate dan shopingmate hahaha. so bertambah rapat & akrab la kami. 





 'INI KISAH KAMI, KAMI BUDDIES, KAMI TAKKAN TERPISAH'

Wednesday, 6 November 2013

COUPLE ITU HARAM





hai u all..

tema kali nie " couple itu haram" berat sungguh tema kali nie. sebab benda nie betol jadi xberani nak buat ayat sendiri takut bersanggah, dan aku pun try search dan jumpa beberapa punca la, aku da baca dan aku setuju. 

cuba korang pulak try baca. 



  •  TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. so kesimpulan yang aku buat, nak couple bukan untuk buat bukan2..


  •  TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping”
dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. sbb banyak yang menyumbang kepada zina, itu yang aku paham la. 

  • MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. so nampak tidak manis la bila orang pandang.

  •  MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. dah la berhutang, pastu suka2 jer bebelanja ke jalan yang xsepatutnya.

  • MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. haha masa banyak terbuang.

sebenarnya banyak lagi sebab, tapi ini apa yang berlaku zaman ini, aku pun xberani nak cakap lebih, diri sendiri pun xbape nak betul kan, hehe

sama2 la kita menegur. assalamualaikum.


"JAUHI ZINA,  UNTUK AKU DAN JUGA KAMU"



7 MINGGU


assalamualaikum..morning u all..hehe da sarapan?

ke baru bgun tdoq nie..hehe pejam celik, pejam celik da berminggu2 di ukm..hehe nie da cer ckit pasal minggu ke 7 di ukm..

minggu ke 6 cuti raya haji..so balik dari cuti raya haji..malas la kan..nak start balik g kuliah hehe..da syok cuti..hehe tp nak x nak ke la rajin kan diri gak kn...xleh malas2..nnt cmner nak pandaikan..hehe..

minggu ke 7 nie..result transfer kredit tok dak dip kua..hehe tp nasib x menyebelahi..so xdpt la nak transfer aplikasi komputer..hehe so masih la belajar seperti biasa..think positif..ada hikmah di setiap kejadian..

mmg la agak stress & frust..tp ble pk balik..ok la...da lame pn tgglkn..da lupa da pn hehe..ALLAH tau apa yg terbaik untuk hambaNya..yg lain berjalan seperti biase,,g class..ada kuiz..ada assigment..sama je minggu ke 7 dan minggu2 yang len..

haha yang bezanya ada midterm account malam..hehe.. jmp lg..;-)

ELETRIK


assalamualaikum..hai u all..macam mana ari nie?ok?

pernah x korang rase xder eletrik, mesti pernah kan? so kat sini nak share sikit pengalaman xder elektrik di KBH & FEP.





aku alhamdulillah sihat..hehe ari nie nak cer pasal elektrik..hehe..hari 2 masa kt UKM..ada la 1 hari xder elektrik..yaALLAH pny la tensionkn..panas kot..paling2 stress skali..bateri fon kong...ah...tekanan!!! hehe meroyan gak la sekejap..

pastu g blik membe..tumpang charge kt lappy dia...sedut bateri hehe..dpt da nek 5 %..hehe jd la..bernyawa jap..hehe..mlm plak ada class ganti account..pukul 8-11pm..so dalam keadaan yg gelap 2 redah gak la g FEP..

dari KBH agak jauh gk la kn..jln sesorang..seram2..hehe tapi think positif je la kn...sampai kt fakulti pun..still xder letrik..so bertambah la seram hehe..pas2 msj dak2 class account..dorang kumpul kat kiosk.. so g la ke kiosk.

pastu kitaorang ramai2 g ke parking kete tunggu Dr. Azlina..tunggu punya tunggu..tbe2 ada sorang dak class ckp..class cancle sbb xder letrik..Dr. Azlina ada bgtau kt ifolio..hehe

so kteorang pn balik la...tp mase 2 perot plak da berbunyi2..hehe lapo la kn..so singgah la mkn kt kiosk..mkn nasi lemak ayam berempah, mkn dlm keadaan gelap..terbaek!!! 

hehe tgh makan roomate msj..dia ajak g library..so pas abes makan..aku dgn roomate g library la..hehe,,apa lg..sambil2 wt kerja account..sambil 2 charge la hp sekali..hehe gunakan peluang sebaeknya hehe..

dalam 10.30pm..kteorang pn balik la kolej..dalam perjalanan kteorang gunakan lampu dari hp..pas2 bila sampai KBH..still xder letrik..so tdoq dlm keadaan panas la..nasib la malam 2 hujan..so xla panas cgt..cuma nyamuk la ada..

hehe bangun keesokkan harinya..dgn harapan elektik da ada, tapi masih sama, pergh gila x tertekan. tekanan2!! masih sama...so g class pakai t-shirt je la kn..xleh nak iron baju..hehe ''selebet" btul ase mase 2 haha..

class plak xcancle..so lyn je la..hehe..abes je class..g library haha g charge hp sambil wat kerja english..hehe..pas2 ble ptg abes class blk..letrik xder lg..wah btol2 stress blk pnt2..panas,,hehe dorang ckp..baru je xder..huhu..

tp ALHAMDULILLAH beberapa minit kemudian..letrik ada..seperti sedia kala..1 blok bersorak kegembiraan..tq ALLAH..hehe so hargai la letrik ye kawan2..jgn bazir..bila da xder..meroyan gk la..ok..nite..jmp lg nnt..assalamualaikum..b4 tdoq jgn lupa baca doa..



      ''TANPA CAHAYA GELAP GELITA, TANPA ELEKTRIK HP XBERNYAWA"

                         HARGAILAH IA (ELEKTRIK) SEMENTARA ADA


ta

Saturday, 2 November 2013

TANGGUNGJAWAB

assalamualaikum..hai u all..apa khabar?dah dinner?hari nie mkn apa?hehe ke korang semua kua..hehe ari nie kan cuti..hehe depavali..hehe g mana cuti2 nie u all?

hehe sy xkua pun..ari nie duduk rumah je..ari nie saya nak kongsi sikit la pasal ';TANGGUNGJAWAB''..kte sebagai manusia nie..hidup mmg penuh dgn tanggungjawab...

tanggungjawab yang paling penting sekali pada pencipta iaitu  ALLAH SWT..dan sebagai umat nabi muhammad SAW..pada diri sendiri..ibu bapa..rakan2..masyarakat..dan negara..

hehe tapi ari nie saya nak tekankan TANGUNGGJAWAB KEPADA ALLAH & IBUBAPA :-)


TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH SWT

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
                                                                                                           Suruh Al-Baqarah : 30


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. 

                                                                                                                         
                                                                                                           Suruh Al- Baqarah : 21

TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ibu telah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudian melahirkannya. Bapa pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Sesungguhnya, jasa ibu bapa amat besar kepada diri kita. Setelah meningkat dewasa, sewajarnya anak-nak melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Ibu bapa.

Tanggunglawab anak yang pertama ialah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Semasa kecil anak-anak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya, anak-anak pula menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kasih sayang kepada ibu bapa boleh ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Sewajarnya anak-anak memberikan hadiah kepada ibu b'apa semasa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makan tertentu pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi ksih sayang dalam keluarga.

Setelah bekerja, anak-anak sewajamya memberikan wang kepada ibu bapa bagi menyara kehidupan mereka. Dengan wang yang diberi, ibu bapa dapat membeli keperluan harian atau mengumpul wang tersebut sebagai tabungan. Sesungguhnya, perbelanlaan yang dikeluarkan oleh ibu bapa amat banyak untuk nmmbesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Oleh demikian, anak patut memberikan sedikit wang gaji mereka kepada ibu bapa sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan sangat pemberian wang kepada anak-anak kerana apa yang lebih penting bagi ibu bapa ialah melihat anak-anak mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seterusnya ialah mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit. Memang menjadi lumrah bagi setiap manusia apabila usia mula meningkat maka kita akan mudah diserang penyakit. Oleh itu, jika ibu bapa sakit anak mesti menghantar ibu bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak juga sewajarnya menanggung kos rawatan ibu dan bapa mereka. Jika anak-anak mampu, belilah insurans perubatan bagi membiayai kos perubatan ibu bapa apabila mereka sakit.



                                   ''HIDUPLAH DALAM BERTANGGUNGJAWAB"