Assalamualaikum dan selamat malam.
ok malam ni saya nak share tips nak rancang percutian..mesti ramai yang nak bercutikan? tapi selalu tak jadi di sebabkan bajet yng kecik..jangan susa hati..kt sini ada beberapa tips percutian bajet yang anda boleh ikot..nak tau tipsnya..bace sampai abes k..hehehe
JOM CUTI!!!
Bercuti di destinasi pilihan
sememangnya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian
yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus
percutian yang sudah lama dirancang. Kali ini aku kongsilan beberapa Tip
Merancang Percutian Bajet.
Bercuti tidak semestinya mahal. Apa
yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru,
keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan.
Justeru, bagi anda yang inginkan
percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda
boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik.
1- Cari maklumat
Ramai antara kita pergi melancong tetapi
bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum
berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang
akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di
Internet atau di buku-buku pelancongan.
Mencari maklumat menerusi Internet
mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih
awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun
bermula dari tiket penerbangan atau hotel.
Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya.
2-Membawa Wang
Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara
sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah.
Justeru, jangan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan.
Sebelum berangkat ke destinasi yang
dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan
masalah dan membuatkan anda bingung sepanjang percutian.
Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya.
Anda harus tetap mengawasi pengeluaran
dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas
apa yang sudah dibelanjakan.
3-Tiket Penerbangan
Pastikan anda mendapatkan maklumat
percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa
harga tiket murah atau harga promosi.
Jika anda belum yakin dengan harganya,
periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat
harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan.
Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi.
4-Pilih pengangkutan yang menyenangkan
Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal.
Justeru, jika destinasi yang dituju
boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang
lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah.
Selama di perjalanan, anda boleh
menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai
destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya.
5-Bukan Musim Cuti
Belanja perjalanan akan lebih murah jika
bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu.
Selain itu, jika anda ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh
kerana ramai orang, ini waktu yang tepat.
Bercuti ketika musim cuti membuatkan
tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga
lebih tinggi kerana banyak permintaan.
6-Layanan Terbaik
Selain mencari hotel yang bagus, lihat
juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan
dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga.
Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik penginapan.
Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik.
7-Sewa Kereta
Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi.
Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel.
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi.
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi.
Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa
kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di
mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi
harga murah.
Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu.
8-Cermat Memilih
Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar
unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat
yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal.
Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu.
9-Percutian Menarik
Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar
negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang
mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar
negara.
Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang menyeronokkan.
Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya hanya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.
dah abes baca kan? jadi boleh la rancang percutian anda bersama keluarga @ teman2 hehehe kalau nak g sorang2 pon boleh..
dah penat2 kerja @ belajar kan..leh la rehat kn diri..pergi bercuti!!!
p/s: tq en.FaizalFredley share tips yang best nie http://www.faizalfredley.com/
GO ANYWHERE, DO ANYTHING
No comments:
Post a Comment