Sunday, 25 October 2015

Assalamualaikum dan selamat malam.

ok malam ni saya nak share tips nak rancang percutian..mesti ramai yang nak bercutikan? tapi selalu tak jadi di sebabkan bajet yng kecik..jangan susa hati..kt sini ada beberapa tips percutian bajet yang anda boleh ikot..nak tau tipsnya..bace sampai abes k..hehehe

JOM CUTI!!!

Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang. Kali ini aku kongsilan beberapa Tip Merancang Percutian Bajet.
Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan.
Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik.
MENYEWA kereta menjimatkan perbelanjaan.

pix_gal1

1- Cari maklumat

Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan.
Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel.
Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya.

2-Membawa Wang

Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, ja­ngan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan.
Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian.
Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya.
Anda harus tetap mengawasi pengeluaran dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas apa yang sudah dibelanjakan.

3-Tiket Penerbangan

Pastikan anda mendapat­kan maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi.
Jika anda belum yakin dengan harga­nya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan.
Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi.

4-Pilih pengangkutan yang menyenangkan

Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal.
Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah.
Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya.

5-Bukan Musim Cuti

Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat.
Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan.

6-Layanan Terbaik

Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga.
Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan.
Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik.

7-Sewa Kereta

Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi.
Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel.
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi.
Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah.
Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu.

8-Cermat Memilih

Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal.
Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu.

9-Percutian Menarik

Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara.
Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan.
Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya ha­nya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.

dah abes baca kan? jadi boleh la rancang percutian anda bersama keluarga @ teman2 hehehe kalau nak g sorang2 pon boleh..
dah penat2 kerja @ belajar kan..leh la rehat kn diri..pergi bercuti!!! 

p/s: tq en.FaizalFredley share tips yang best nie http://www.faizalfredley.com/ 

GO ANYWHERE, DO ANYTHING

PETUA KECANTIKAN

 

JOM CANTIK DENGAN PETUA TRADISIONAL!!!!! 

Petua Kecantikan Semulajadi @ Tradisional

asslamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni saya ingin berkongsi sedikit petua kecantikan semulajadi dan tradisional yang saya baca..semoga ia memberi manfaat dan menjawab persoalan yang brmain di minda gadis-gadis diluar sana yang amat ''stress'' memikirkan masalah kecantikan..tidak perlu berbelanja lebih untuk kekal cantik..jom baca petua-petua di bawah

Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya.

1. PETUA PENJAGAAN MUKA

-Menghaluskan kulit muka

a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

-Menegangkan kulit muka

a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.

-Menghilangkan jerawat

a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2. PETUA PENJAGAAN RAMBUT

- Mengelakkan rambut gugur

a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

-Menghilangkan kelemumur

a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.


Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!!!

tidak perlu berbelanja lebih hanya dengan menggunakan bahan semulajadi dan yang mudah diperolehi. kulit boleh cantik berseri!!!

KECANTIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN.
CANTIK DI LUAR DAN DALAMAN ADALAH KECANTIKAN SEBENAR


terima kasih kepada http://mylittlealam.blogspot.my/2013/05/petua-kecantikan-semulajadi-tradisional.html..semoga terus memberikan petua-petua yang bermanfaat.