hai u all..
Terimbas kenangan tahun lepas, masa nie aku pergi Beijing bercuti bersama keluarga, aku, mak, angah & abang chik, kitaorang pergi bulan september tahun lepas, 7 hari 6 malam..kitaorang pergi under package, PHOTO TRAVEL.
sebenarnya pergi Beijing nie lebih kepada merealisasikan impian arwah bapak. my dad nak pergi sangat beijing, tapi ada je halangan, sampai la ke hembusan nafasnya yang terakhir.
jadi kiteorang pun buat la keputusan untuk pergi ke Beijing. yang free masa 2 kitaorang berempat je, jadi kiteorang je la yang pergi.
bertolak dari KLIA ptg, pastu singgah dulu Hongkong, berhenti solat kat lapangan terbang Hongkong, pastu naik kapal terbarang ke Beijing. sampai Beijing tgh malam, tunggu bus (agensi yang kat china) datang jemput.
pemandu pelancong kitaorang dekat Beijing, Meggie dia china Beijing, tapi cakap bahasa indonesia, haha gila kelakar kot. masa mula2 dengar macam nak ketawa la kan..tapi tahan..hahaha. masa perjalanan nak g ke hotel 2, Meggie cerita serba sedikit tentang Beijing.
sampai je kat hotel, check in dan terus tidur, sangat penat. sok pagi pukul 8 nak kne gerak da..yang bestnya masa kat Beijing dan Malaysia adalah sama. TERBAEK!!!
tapi bezanya subuh dekat Beijing nie awal, 4 lebih..hehe pukul 7 lbh sume berkumpul dkt lobi hotel. tp sebelum 2 sarapan la dulu, sarapan sukahati la nak makan banyak mana & turun la pukul bape nak pun, tapi sebelum bus bergerak la.
kalo nak cerita macam panjang je kan..hehe so aku just cerita tempat2 yang aku lawati je la eh, antaranya melawat istana musim panas.
besar gila tempat nie, xterlarat nak jalan, masa tengah jalan2, ada 1 tempat nie, leh pakai pkai tradisi raja2 cina, so aku dengan angah pun xnak lepaskan peluang nie, dan terus la mencuba bajunya.
haha dapat la berangan jadi puteri cina sekejap..baju yang aku pakai nie baju puteri, (anak raja), baju angah kalo xsilap la kan (baju isteri raja) haha
pic kitaorang dekat bawah sebelum naik ke great wall, post la dulu kan, belakang 2 la great wall, tinggi beb,
yang sebelah ni pulak pic ak naik great wall pergh tinggi xhagak, tp alhamdulillah berjaya jugak la, walaupun sempot2 hahaha
yang nie pic ramai2, dekat kota larangan, hehe nie la ahli2 rombongan dari Malaysia.
haha yang nie pulak belajar cara nak pegang cawan, minum air teh, china, macam2 perisa ada, tp xmanis la eh, haha jaga kesihatan.
yang ni pulak istana raja, xboleh nak masuk dalam da di palang. masa zaman destinasi ming, bilik sahaja ada 9999, bayangkan bertapa besarnya, itu baru bilik hehe.
kalau nak cerita x terabes, banyak je lg pic, cukup la eh, tapi makanan dorang mmg berunsurkan sayur, hehe so kalo sapo yang xmakan sayur 2, agak stress la kan, haha nasib la aku suka sayur hehe.
masa 2 da terfikit2, balik malaysia, nak makan nasi lemak haha, sarapan pagi dia pun, adoi, xfun haha. betul2 menitik beratkan kesihatan, berminyak? mmg xla kan haha.
haha ok la, sampai sini je la eh, no idea la hehe.
''MALAYSIA NEGARAKU SELAMANYA''
No comments:
Post a Comment